Hai semua, hari ini nak cerita sikit pasal produk skincare yang berbahaya. Bila cakap bahaya, mesti lah ada bahan kimia kan. Contoh bahan kimia yang selalu ada dalam produk adalah merkuri dan hydrokuinon. So, apa kesan kalau pakai produk yang berbahaya nih??
Naik ruam
"Saya pakai produk xx setahun, kulit biasa2 je, bukan jadi cantik mana pun. Tapi bila stop, boleh plak naik ruam"
"Kena panas, muka gatal. Bila sejuk pun naik ruam. Cuaca berubah mesti muka jadi gatal"
"Dah dua tahun berhenti produk, kesan ruam sebab produk tak baik juga"
Cantik sekejap
"Masa cuba xxx, sekejap je dah jadi cantik kulit muka ni. Semua dok puji. Tapi bila stop, habis keluar jerawat penuh satu muka"
"Masa mula2 pakai je cantik gebu gebas. Bila berhenti, habis jadi teruk muka"
Kulit jadi hitam
"Saya guna produk yg terlaris di negara jiran. Konon2 nak putih cerah. Sekali kulit makin lama makin hitam. Cukup 3 minggu, hitam terus"
Kulit mengelupas dan pedih
"Guna xx sebulan, kulit muka jadi teruk, mengelupas, pedih. Habis bercapuk2 muka nih"
Tak jadi ape
"Dah pakai setengah tahun, tapi tak jadik menda pun"
Hah, biasa tak dengar? Ker jadik kat diri sendiri? Yang tak jadik menda takpe la. At least bazir duit je, tapi muka tak rosak. Yang rosak tuh kalau boleh rawat balik takpe. Kena la pula jumpa doktor kat klinik pakar. Kuar duit. Takpun g NYSS, kuar duit lagi. Semuanya sebab gara2 nak cantik cepat. So, jadilah pengguna yang bijak. Kulit muka kita nih nak pakai long term, bkn cantik sekejap, derita nya lama. Ingat memandu kat jalanraya je ker, Biar lambat asal selamat?
Bila nak cuba sesuatu produk, pastikan ada KKM, boleh check sendiri. Jangan percaya je. Kedua, bahan2 nyer mestilah natural. Tahu kandungan, jangan main pakai tempek tapi tak tahu menda. Ketiga, agen atau seller yang boleh dipercayai. Ada seller tujuan nak untung saja. Kalau seller pakai produk yang sama lagi bagus. Dan mestilah seller boleh guide atau consult in case jadi apa2. Ini muka dah jadi teruk hitam legam pun seller suruh teruskan pakai jugak? Ada ke patut?..Huhu..
No comments:
Post a Comment